Tutup

Polis tembak mati suspek sindiket penyeludupan migran

Polis tembak mati suspek sindiket penyeludupan migran
Kelihatan pegawai polis sedang menjalankan siasatan ekoran seorang suspek yang mati ditembak kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia dekat sebuah pusat urut berdekatan pusat beli belah Tesco Extra Puchong malam tadi. --fotoBERNAMA
PUCHONG: Seorang lelaki warga tempatan disyaki ahli sindiket pemerdagangan manusia warga asing mati ditembak polis di Jalan Bandar 10, Puchong, malam tadi.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku di hadapan sebuah pusat urut.

Ketika kejadian, polis dipercayai cuba menahan suspek yang sedang memandu sebuah Perodua Alza bersama lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.

Bagaimanapun, suspek cuba merempuh anggota polis yang menahan keretanya, menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan mengenainya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan salah satu das tembakan yang dilepaskan polis turut mencederakan seorang PATI dalam kenderaan berkenaan.

Katanya lagi, kesemua lapan PATI dalam kenderaan terbabit berjaya ditangkap.
Semakan mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama seorang wanita beralamat di Gombak.

Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.








Tag: Puchong, suspek, tembak, mati, siasatan, sindiket, Ketua Polis Negara, PATI, Myanmar, rempuh anggota polis, Abdul Hamid Bador, Gombak, sindiket pemerdagangan manusia, penyeludupan, migran, warga asing



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.