Polis terima 3 laporan berhubung komplot guling kerajaan - KPN

Polis terima 3 laporan berhubung komplot guling kerajaan - KPN
Khalid (gambar) bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima tiga laporan berhubung cubaan mengulingkan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui di Bukit Aman hari ini berkata tindakan akan diambil jika wujud sebarang perkara yang melanggar perlembagaan.

Khalid bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.
Katanya, laporan itu dibuat beberapa individu berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Zahid pada Sabtu mendedahkan ada 'tokoh tertentu' daripada kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam komplot itu.