awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tubuh pasukan khas kesan paderi yang hilang - KPN Khalid

Bernama
Bernama
22/02/2017
12:23 MYT
Polis tubuh pasukan khas kesan paderi yang hilang - KPN Khalid
Paderi Raymond Koh itu dipercayai diculik beberapa individu ketika sedang memandu kenderaannya bersendirian di Jalan Bahagia, Petaling Jaya. - Foto PDRM
Polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kehilangan seorang paderi lelaki di Jalan Bahagia, Petaling Jaya, pada 14 Feb.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan berkenaan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.
Polis telah mengambil keterangan daripada lapan saksi bagi membantu siasatan, namun tidak banyak petunjuk baharu ditemui setakat ini, katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Paderi itu dipercayai diculik beberapa individu ketika sedang memandu kenderaannya bersendirian di jalan tersebut.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 10 Feb, Khalid berkata kes itu sedang disiasat.
Mengulas kes seorang peniaga wanita mati ditembak di George Town semalam, Khalid berkata pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.
"Berilah kami masa menyiasat kes berkenaan dan polis ketika ini sedang melihat latar belakang suami kepada si mati serta menyiasat latar belakang tempat kerjanya," kata Khalid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Paderi diculik
#raymond koh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan