awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda

Bernama
Bernama
23/12/2017
00:35 MYT
Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda
NOOR RASHID: Selepas laporan diterima, kami membuka satu kertas siasatan serta menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan.
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan itu ditubuhkan sehari selepas laporan polis dibuat oleh Felda pada 12 Dis lalu dan siasatan dijalankan menurut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu berhubung penipuan dan pemalsuan dokumen.
"Selepas laporan diterima, kami membuka satu kertas siasatan serta menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Polis Diraja Pulau Pinang, di sini Jumaat malam.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan.
"Saya difahamkan beliau tiada di dalam negara ketika ini. Jadi, bila (beliau) dah balik polis akan ambil keterangan daripadanya," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil beberapa pihak lain untuk diambil keterangan.
"Selepas selesai rakam percakapan, kita akan lihat mana arah tuju kes tersebut," katanya.
Pada Khamis, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah agensi itu termasuk membuat laporan polis pada 12 Dis lalu.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#Noor Rashid Ibrahim
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan