awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tubuh pasukan petugas khas siasat kes kehilangan Morais

Bernama
Bernama
07/09/2015
15:37 MYT
Polis tubuh pasukan petugas khas siasat kes kehilangan Morais
Polis masih tidak menjumpai sebarang bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta terbakar dipercayai milik Morais (gambar) di Kampung Sungai Samak. - Gambar Fail
Polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan hal ini ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pasukan itu.
Sementara itu, polis masih tidak menjumpai sebarang bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta terbakar dipercayai milik Morais di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak semalam.
Zainuddin bagaimanapun berkata siasatan masih diteruskan dan kereta milik mangsa masih belum ditemui.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#Jabatan Peguam Negara
#Sungai Samak
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan