announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis tumpas sindiket, rampas dadah, aset lebih RM1 juta

Polis tumpas sindiket, rampas dadah, aset lebih RM1 juta
Antara dadah yang dirampas polis Johor dalam operasi bermula 2 hingga 9 Jun lalu. Gambar/ Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Satu sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan kedai lampu hiasan ditumpaskan polis dalam beberapa siri serbuan awal bulan ini.

Dalam operasi bermula 2 hingga 9 Jun tu, polis turut merampas sejumlah dadah serta menyita aset pengedar dianggarkan bernilai RM1.08 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 18 suspek berusia antara 25 hingga 50 tahun turut ditahan termasuk ketua sindiket dikenali dengan gelaran 'Handsome'.

"Dalam operasi ini kita memberi tumpuan terhadap ketua sindiket kerana penagih akan terus bertambah jika ketua tidak ditumpaskan. Isu ini tidak akan selesai," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, antara dadah dirampas ialah 320 gram (g) syabu, heroin (117 g), ketamin (4 g), pil estacy (310 biji), pil Eramin 5 (103 biji) dan pil yaba (53 biji) yang semuanya bernilai RM50,000.

Tambah pihaknya turut menyita sepucuk pistol tiruan beserta 29 butir peluru; 15 buah kenderaan, wang tunai RM71,000; 18 akaun bank tempatan dengan jumlah wang sebanyak RM117,000 dan barangan kemas.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing semua 16 suspek didapati positif dadah jenis Methamphetmine.

Katanya, semua suspek kini direman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39b dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.


Tag: dadah, sindiket, pengedaran, syabu, kristal, ice, ganja, meth, berselindung, di sebalik, perniagaan lampu, lapan tahun, polis, ayob, johor



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.