awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis yakin kes pembunuhan Bill Kayong selesai

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2016
11:18 MYT
Polis yakin kes pembunuhan Bill Kayong selesai
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya telah menemui dan merampas senapang patah yang dipercayai digunakan untuk menembak Bill.
Polis hari ini yakin bahawa kes pembunuhan Setiausaha PKR Bahagian Miri, Bill Kayong di Lutong, pada 21 Jun lalu telah berjaya diselesaikan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya telah menemui dan merampas senapang patah yang dipercayai digunakan untuk menembak Bill.
"Hasil siasatan yang dijalankan pada jam 5.00 petang (Selasa), salah seorang suspek telah membawa pasukan siasatan ke rumahnya di Jalan Hai Nam Lama, Miri.
"Saspek telah menunjukkan tempat dia menyembunyikan senapang patah yang dipercayai telah digunakan untuk menembak Bill Anak Kayong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, polis turut merampas beberapa butir peluru senapang patah termasuk satu kelongsong yang telah digunakan oleh suspek.
"Dengan tangkapan saspek-saspek ini dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Anak Kayong berjaya diselesaikan," katanya.
Bagaimanapun, jelas Mazlan, pihak Pasukan Khas masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih bebas, namum butir-butir lanjut mengenai suspek-suspek itu belum dapat didedahkan lagi.
Tambahnya, usaha masih dijalan untuk mengemaskini siasatan dengan tujuan menuduh suspek-suspek yang terlibat di Mahkamah.
BACA: Enam suspek ditahan berhubung kes bunuh Bill Kayong
Jumaat lalu, polis telah menahan enam suspek dalam pembunuhan Bill Kayong, di Lutong pada 21 Jun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata, mereka yang ditahan adalah lima lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 hingga 41.
Topic Berkaitan
#Bill Kayong
#kes pembunuhan
#polis
#Sarawak
#selesai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan