Skip to main content

Malaysia

Portal The Malaysian Insider disekat penyedia jaringan Internet

81456399908_MalaysiaInsider.jpg
Akses kepada portal berita The Malaysian Insider telah disekat oleh beberapa penyedia jaringan Internet hari ini atas alasan ia telah ‘melanggar undang-undang  negara’.

Ketua Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin, dipetik sebagai berkata kepada pejabat portal tersebut melalui pesanan teks, mengesahkan perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya.

Beberapa pembaca telah mengadu tentang sekatan tersebut apabila mendapati mereka gagal melayari kandungan portal berkenaan bermula kira-kira petang Khamis.

Sesetengah pembaca yang menggunakan rangkaian pembekal jaringan Internet dari styarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan Unifi juga mengadu tentang perkara tersebut.

Advertisement

Must Watch Video