Portal SEBENARNYA.MY, sebuah pusat sehenti yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.
Portal dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.
Menurut kenyataan SKMM, portal itu dibangunkan berikutan penularan berita palsu yang makin meruncing pada ketika ini dengan peningkatan jumlah pengguna internet khususnya media sosial.
Penularan berita palsu itu dilihat memberi kesan yang serius ke atas keharmonian dan keselamatan rakyat.
"Berbanding dengan portal berita lain di Malaysia, portal SEBENARNYA.MY memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu. Kandungan yang dimuat naik adalah berita yang melibatkan kepentingan awam dan negara," kata SKMM.
Menurut SKMM, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada agensi-agensui yang terlibat atau menyemak sebarang maklumat rasmi yang ada bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan sahih.
"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan, dan daripada pengamal media yang berkredibiliti, bagi menepis berita palsu yang tersebar.
"Portal ini hanya memberi fokus kepada berita berkaitan Malaysia sahaja, yang melibatkan kepentingan awam dan negara dan tidak akan memuat naik semua berita yang ditularkan," kata SKMM.
Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,333 aduan berkaitan penyalahgunaan media baharu diterima oleh SKMM, dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 aduan adalah berkenaan penyebaran berita palsu.
Dalam pada itu, SKMM berkata pihaknya akan mewujudkan SEBENARNYA.MY di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai berita palsu kepada orang ramai.
"Orang perseorangan atau mana-mana pihak tidak boleh melaporkan kes berita palsu yang bersifat peribadi atau persendirian. Namun, individu tersebut boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan media baharu di Biro Aduan SKMM," katanya.
Sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang 'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatsapp kepada 016-2206262 atau emel ke [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Datuk Seri Salleh bersama Datuk Seri Halim (kanan) melayari portal SEBENARNYA.MY selepas pelancaran portal tersebut di MCMC hari ini. -Bernama
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Portal SEBENARNYA.MY kekang penularan berita palsu dalam talian
Portal dibangunkan SKMM itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.