awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos kawalan PGA di Padang Besar diserang mercun roket

Bernama
Bernama
28/10/2019
15:46 MYT
Pos kawalan PGA di Padang Besar diserang mercun roket
Tembakan mercun roket berkenaan antaranya mengenai cermin lalu pecah dan satu lagi turut mengenai dinding pos berkenaan. - PGA
Kawasan pos kawalan 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran pagar sempadan di sini, diserang sekumpulan dipercayai warga Thailand, menggunakan mercun roket pagi Isnin.
Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pos kawalan berkenaan diserang kira-kira 11.20 pagi tadi dengan empat das.
Beliau berkata satu tembakan berkenaan mengenai cermin lalu pecah dan satu lagi turut mengenai dinding pos berkenaan.
"Ketika pasukan PGA sedang membuat benteng pertahanan, mereka dikejutkan sekali dengan dua das mercun roket yang dihalakan ke arah mereka kira-kira 12.40 tengah hari tadi. Namun, tiada anggota yang cedera dalam kejadian tersebut," katanya.
Abdul Ghani berkata serangan berkenaan dipercayai untuk menakutkan anggota PGA berikutan kejayaan mereka menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara itu.
Menurutnya, pihaknya juga turut memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercun roket
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#pihak berkuasa
#pos kawalan
#rampasan ketum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan