awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia keluar siri setem khas sempena Hari Pos Sedunia

Bernama
Bernama
09/10/2018
01:24 MYT
Pos Malaysia keluar siri setem khas sempena Hari Pos Sedunia
Koleksi siri setem Hari Pos Sedunia ini dikeluarkan bagi mendedikasikan jiwa dan keringat para posmen serta warga kerja pos yang merupakan tulang belakang kepada industri pos untuk kekal relevan di masa hadapan. --fotoBERNAMA
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan koleksi siri setem 'Hari Pos Sedunia' hari ini sebagai tanda menghargai jerih keringat lebih 8,000 posmen serta 23,000 pegawai pos yang berkhidmat di negara ini.
Diyana Lean Abdullah, Ketua Unit Setem dan Filateli, berkata bagi keluaran istimewa itu Pos Malaysia memilih dua rekabentuk setem hasil rekaan Datuk Dr Mohd Noor Awang yang menampilkan imej posmen berpakaian seragam lama mengirim surat kepada penduduk luar bandar menggunakan basikal.
"Imej kedua pula memaparkan posmen pada hari ini yang menggunakan motosikal untuk menghantar surat kepada penduduk bandar.
"Setem yang masing-masing berharga RM0.60 dan RM0.80 sekeping ini hanya dicetak sebanyak 200,000 keping untuk setiap reka bentuk," katanya kepada pemberita ketika memperkenalkan setem dan sampul surat sempena Hari Pos Sedunia 2018 di Pejabat Pos Besar di sini, baru-baru ini.
Diyana Lean berkata bagi Lembaran Mini (MS) yang memaparkan kombinasi kedua-dua reka bentuk setem, ia dijual pada harga RM3 setiap satu dan dikeluarkan hanya 22,000 keping dengan imej tangan yang digenggam digunakan sebagai cap tarikh khas bagi siri itu.
Antara koleksi siri setem sempena Hari Pos Sedunia 2018 di Ibu Pejabat Pos Malaysia. --fotoBERNAMA
Antara koleksi siri setem sempena Hari Pos Sedunia 2018 di Ibu Pejabat Pos Malaysia. --fotoBERNAMA
Selain setem, produk filateli lain yang turut dijual sempena Hari Pos Sedunia adalah Sampul Hari Pertama (FDC) pada harga RM3 dan folder pula pada harga RM6.
"Set lengkap siri setem keluaran khas ini dijual pada harga RM42.20 dengan cetakan folder hanya 1,800 keping," katanya.
Dalam pada itu, Diyana Lean berkata, pihak pos menggalakkan orang ramai khususnya pengumpul setem membuka Standing Order Deposit Account (SODA) bagi menikmati pelbagai faedah istimewa yang disediakan oleh Pos Malaysia.
"Untuk menjadi ahli, mereka boleh mendaftar di www.posonline.com.my untuk bukan saja mendapat pelbagai faedah istimewa sebagai ahli SODA tetapi maklumat terkini mengenai setem-setem keluaran khas serta perkhidmatan lain yang disediakan Pos Malaysia," katanya.
Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Okt oleh pentadbiran pos di seluruh dunia termasuk di Malaysia sebagai ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia pada 1874 di Bern, Switzerland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal
#Diyana Lean Abdullah
#Hari Pos Sedunia
#keluaran istimewa
#Lembaran Mini
#Mohd Noor Awang
#pakaian seragam
#pegawai pos
#pos malaysia
#posmen
#Sampul Hari Pertama
#setem
#soda
#Standing Order
#surat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan