awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Positif, tapi boleh discaj selepas 14 hari? Ini penjelasan Dr Noor Hisham

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/05/2020
11:23 MYT
Positif, tapi boleh discaj selepas 14 hari? Ini penjelasan Dr Noor Hisham
"Kalau kita tetapkan 14 hari, jadi kita pasti kita akan discaj pesakit, tak perlu kita kuarantin di rumah lagi," ujar Dr Noor Hisham.
Individu yang masih positif hasil ujian RT-PCR selepas 14 hari dan tiada gejala, boleh dibenarkan discaj daripada wad.
Ini kerana ujian RT-PCR juga dapat mengesan cebisan virus yang sudah mati.
Kajian turut mendapati mereka yang positif virus COVID-19 hasil ujian RT-PCR dan apabila dikultur virus tersebut, tiada virus hidup dikesan.
Ini bermakna tiada virus hidup di dalam tubuh mereka dan tidak boleh dibiak dan menjangkiti individu lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat bukti kukuh yang dilaporkan pelbagai negara dan hasilnya ialah nasihat yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang hanya menetapkan jangka masa 10 hari selepas jangkitan atau kemunculan gejala.
Menurutnya, ada sesetengah individu yang dimasukkan ke hospital lebih dua bulan apabila ujian ulangan mendapati individu itu masih RT-PCR positif.
"Sebenarnya WHO kenal pasti 10 hari selepas kemunculan gejala. Tetapi kita ambil tempoh empat hari lagi, menjadikannya 14 hari.
"Kalau kita tetapkan 14 hari, jadi kita pasti kita akan discaj pesakit, tak perlu kita kuarantin di rumah lagi.
"Jadi sekarang ini, kalau ujian RT-PCR itu positif, atau positif lemah, kita boleh discaj sebab ada pesakit kita yang duduk di wad sampai 56 hari, ataupun dua bulan, tetapi masih positif.
"Itu adalah residual virus yang telah mati tetapi masih dikesan oleh ujian RT-PCR," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Jelasnya, ia disebabkan oleh ujian RT-PCR yang mengesan virus COVID-19 yang telah mati dan tidak ada kebolehjangkitan menjangkiti individu lain.
Ujian RT-PCR masih dapat mengesan saki baki cebisan virus COVID-19 yang telah mati dan seterusnya memberi keputusan positif kepada individu yang sudah tiada kebolehjangkitan.
Topic Berkaitan
#COVID19
#discaj selepas 14 hari
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kajian COVID19
#kesihatan
#koronavirus
#positif COVID
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan