Seorang posmen yang dalam perjalanan menghantar surat maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar muatan besi di bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 6.7 Kerteh ke Kampung Chabang, di Kerteh.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.
"Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun dari bahu jalan mengundur secara melintang dan memasuki laluan motosikal. Mangsa yang datang dari arah Kampung Chabang terlanggar muatan besi di bahagian belakang lori tersebut, sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat, katanya.
Di Hulu Terengganu, seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 8 Jalan Kuala Berang menghala Teris.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu motosikal mangsa, Muhamad Aidilfikri Anuar, 27, dikatakan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh SUV yang datang dari arah bertentangan.
Muhamad Aidilfikri yang berasal dari Gua Musang, Kelantan dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kuantan, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019
Menurut polis, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.
Empat pemain Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Sembilan bakal haji kategori B40, dan 50 bakal haji kategori M40 telah buat bayaran penuh
Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan kadar bantuan kewangan haji yang ditetapkan terhadap setiap jemaah haji adalah berdasarkan kategori pendapatan individu dan bukannya pendapatan isi rumah.
Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya
Sembilan kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian.
DBKL serbu bazar warga asing di Selayang
Sejumlah 11 peralatan dan barang perniagaan dikendalikan warga asing disita dalam Tindakan Khas Bazar Warga Asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, pada Isnin.
Seludup barang subsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi dijangka akan lebih aktif ketika Ramadan dan Syawal berikutan permintaan yang lebih tinggi.
Insurans dan teknologi, usaha menangani cabaran iklim
Menurut Pengasas, Center of Excellence for High Value Crops,Yusof Ishak, kerajaan, agensi perlu meningkatkan akses kepada insurans pertanian yang lebih komprehensif serta menyediakan teknologi, infrastruktur yang diperlukan agar dapat melonjakkan produktiviti dan kelestarian pertanian negara.
Polis periksa kilang didakwa bungkus, edar stoking tertera kalimah Allah
Pemeriksaan telah dijalankan di kilang berkenaan pada jam 9 pagi Selasa.
AWANI Ringkas: RUU AUKU 2023 (Pindaan) dibentang ke Dewan Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menilai impak pelaksanaan dokumen dasar kepada sektor perdagangan
Walaupun NIMP 2030 telah menetapkan misi dan strategi untuk memacu ekonomi dalam pelbagai industri dan sektor, namun berdasarkan pemantauan trend dalam data terkini, sektor kimia khususnya menunjukkan penurunan yang menandakan kegagalan dalam pelaksanaan dokumen. Justeru, perlu kesan tindakan yang lebih terperinci dan berterusan untuk memastikan keselarasan antara strategi NIMP 2030, RMK 12, dan penekanan yang ditetapkan untuk meningkatkan sektor eksport tertentu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Muhyiddin harap Tun M beri sokongan kepada kerajaan baharu
Muhyiddin turut mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada membalas suratnya dan berkata belum tiba masanya untuk berjumpa.
Posmen temui ajal ketika hantar surat
Mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.