Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.

PDRM dalam satu poster disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.


-- BERNAMA