PPM Lahad Datu rampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700

PPM Lahad Datu rampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu menahan seorang lelaki dan tiga wanita berbangsa Suluk bersama sejumlah 8,230 bungkus rokok putih dan kretek tidak bercukai dalam serbuan di lokasi berasingan Ops Landai kira-kira jam 7 pagi Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataannya berkata, operasi ini bertumpu kes penyeludupan dan penjualan rokok di kawasan sekitar Lahad Datu.

"Hasil pemeriksaan ke atas empat rumah tidak bernombor di Kg Sabah Baru mendapati suspek yang berbangsa suluk berusia antara 25 hingga 55 tahun itu ditahan dan menjumpai 8,230 bungkus rokok dan kretek yang disembunyikan di dalam rumah tidak bernombor tersebut," katanya.

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM416,700.

Kesemua suspek dan barang rampasan juga dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.




Tag: rampas rokok, PPM Lahad Datu, Pasukan Polis Marin, Suluk, Ops Landai, Kg Sabah Baru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.