awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PR1MA bakal menjadi sebahagian Perbadanan Perumahan Negara - Zuraida

Bernama
Bernama
07/01/2020
20:58 MYT
PR1MA bakal menjadi sebahagian Perbadanan Perumahan Negara - Zuraida
PR1MA ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu untuk merancang, membangun, membina dan menyelenggara perumahan berkualiti tinggi dengan konsep gaya hidup untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama. - Gambar hiasan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang menjadikan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sebahagian daripada Perbadanan Perumahan Negara bagi memastikan industri perumahan terpusat dan standard serta memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin yang menafikan dakwaan PR1MA bakal dibubarkan tidak lama lagi, berkata kerajaan sebaliknya melihat ke hadapan untuk perbadanan itu, antaranya projek perumahan di bawah Kementerian Pendidikan dan Pertahanan serta generasi baharu Felda akan diletakkan di bawah PR1MA.
"Kerajaan berharap dapat menggerakkan PR1MA seperti Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Selasa.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah menyelesaikan beberapa masalah PR1MA termasuk unit yang tidak terjual.
Semasa Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2019, PR1MA menjual 9,306 unit dan memperoleh 19,170 tempahan katanya.
PR1MA ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu melalui Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menyelenggara perumahan berkualiti tinggi dengan konsep gaya hidup untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, ia meletakkan PR1MA di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Perbadanan Perumahan Negara
#Perbadanan PR1MA Malaysia PR1MA
#perumahan
#PR1MA
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan