Premis baharu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang sebelum ini dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.
Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu mematuhi beberapa ciri keselamatan seperti ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Semalam ketika bomba melakukan pemeriksaan, mereka menyuruh kami membuat beberapa ubah suai dan penambahbaikan antaranya memasang penyedut asap dan loceng kecemasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya proses berkenaan akan mengambil masa beberapa bulan, sebelum kesemua pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran di bangunan baharu.
Beliau berkata pihaknya akan mencari tempat baharu di lokasi berhampiran pusat tahfiz yang terbakar sebagai pusat pengajian sementara supaya para pelajar yang bercuti dapat meneruskan pembelajaran secepat mungkin.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua ibu bapa pelajar dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.
"Kami akan bersemuka dengan mereka (ibu bapa) kerana tidak mahu ada pihak ketiga yang mengeruhkan keadaan. Sumbangan yang kami peroleh akan dipulangkan kepada keluarga mangsa dan hanya sebilangan kecil sahaja akan digunakan untuk membaiki kerosakan pusat tahfiz yang terbakar ini," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai masih lagi mengunjungi lokasi kejadian untuk merakamkan gambar dan menghulurkan sumbangan.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2017
Orang ramai masih lagi mengunjungi lokasi kejadian untuk merakamkan gambar dan menghulurkan sumbangan. - Gambar fail
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
"Mama Yani" teruskan misi, fokus perkasa bomba di Perak
Menjadi seorang wanita bukan satu halangan untuk Mama Yani memimpin walaupun majoriti anggota bawahannya lelaki.
JBPM terima perolehan aset dan penambah baikan fasiliti RM291.4 juta - Reezal
Perolehan itu bagi memperkukuhkan agenda kementerian berkenaan dalam mengukuhkan perkhidmatan bomba dan penyelamatan negara.
JBPM Kelantan kenal pasti kawasan dijangka berlaku kebakaran pada musim kemarau
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri itu.
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing
Operasi mencari mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Misteri bau busuk terungkai, mayat warga emas ditemui di dalam rumah
Misteri bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Ipoh, di sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas di temui di bahagian dapur rumah itu, hari ini.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.
Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.
Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas
Cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun
Anggota JBPM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir susulan amaran hujan berterusan di Kelantan.
Kampung Bukit Buluh dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak jam 4 petang Rabu telah menyebabkan Kampung Bukit Buluh dekat sini dilanda banjir kilat.