awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/01/2019
21:41 MYT
Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman
Perintah reman terhadap presiden dan ahli Skuad Badar itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis. - Astro AWANI
Niat hendak membantu majlis agama Islam membanteras gejala maksiat, namun sebaliknya terjadi apabila ketua sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Skuad Badar, serta beberapa ahlinya, ditahan reman.
Perintah reman dua hari terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis.
Kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 bagi kesalahan menganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Lapan ahli skuad yang direman itu, berusia 20-an hingga 40-an, ditahan polis pada Rabu malam di sekitar Sungai Petani, Kedah.
Presiden Skuad Badar itu ditahan pada Ahad jam 10 malam, selain seorang lagi ahli skuad berusia 30-an yang turut ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad 11.30 malam.
Topic Berkaitan
#Akta Pertubuhan 1966
#anggota pertubuhan
#majlis agama Islam
#Maksiat
#pertubuhan menyalahi undang-undang
#reman
#Skuad Badar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan