Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di White House dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu.
Trump menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di White House yang terletak di Pennsylvania Avenue, yang juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.
Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu yang mula berkhidmat pada 20 Jan tahun ini.
Program di White House turut merangkumi mesyuarat delegasi melibatkan anggota dan penasihat pentadbiran Trump serta para menteri dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.
Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengeluarkan kenyataan bersama selepas mengakhiri pertemuan mereka di White House, yang menyaksikan Washington dan Kuala Lumpur meraikan hubungan dua hala selama enam dekad tahun ini.
Pada mesyuarat itu, delegasi Amerika Syarikat terdiri daripada Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Ketua Turus John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara Lt Jen H.R McMaster dan Penasihat Kanan Jared Kushner.
Para pemerhati mendapati barisan delegasi Amerika Syarikat mencerminkan keutamaan yang diberikan Washington di bawah pentadbiran Trump terhadap mesyuarat itu khususnya dalam membuka lembaran baharu dalam hubungannya dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai 30 juta penduduk pelbagai kaum dan agama di Asia Tenggara yang berdaya maju.
Delegasi Malaysia pula terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu. - Foto: NajibRazak.com
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.