awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Cameron Highlands: SPR lapor polis, SKMM isu tular kertas undi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
17/01/2019
15:33 MYT
PRK Cameron Highlands: SPR lapor polis, SKMM isu tular kertas undi
AZIZAN: SPR mendapati gambar kertas undi yang tular tersebut adalah kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada pengundi pos pada 13 Januari lalu. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis berikutan penularan gambar kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands di laman media sosial.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata pihaknya juga akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
“SPR mendapati gambar kertas undi yang tular tersebut adalah kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada pengundi pos pada 13 Januari lalu.
“SPR menegaskan bahawa tindakan penularan gambar kertas undi tersebut merupakan satu kesalahan dan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan bahawa SPR telah mengeluarkan kertas undi sebelum hari pengundian adalah merupakan satu fitnah dan berniat jahat.
Kenyataan media SPR
Kenyataan media SPR
“Oleh itu, SPR telah membuat laporan polis pada hari ini (Khamis) dan akan membuat laporan kepada pihak SKMM bagi menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Azhar.
Azhar juga mengingatkan pengundi dan semua pihak agar sentiasa menjaga kerahsiaan dan tidak mempamerkan kertas undi mana-mana pilihan raya kepada umum seperti di media sosial.
Hal ini kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan tersebut sekiranya disabit boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#Cameron Highlands
#gambar kertas undi
#laporan polis
#media sosial
#Pengerusi SPR
#pilihan raya kecil
#PRK Cameron Highlands
#SKMM
#SPR
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan