awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
2 maut gempa bumi di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kimanis: Penduduk diingat laksana tanggungjawab sebagai pengundi

Bernama
Bernama
17/01/2020
22:45 MYT
PRK Kimanis: Penduduk diingat laksana tanggungjawab sebagai pengundi
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Datuk Karim Bujang dan calon BN Datuk Mohamad Alamin. - Gambar fail
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat mengajak pengundi pergi mengundi beramai-ramai hari ini dan membuat keputusan yang bijak bagi memilih wakil rakyat baharu mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Ketika membuat gesaan itu sebelum kempen berakhir pada 11.59 malam tadi, beliau berkata pengundi perlu memilih wakil rakyat Kimanis yang mampu menyuarakan keperluan dan kehendak penduduk termasuk memastikan pembangunan lebih mampan di kawasan berkenaan.
"Semua pengundi, bukan hanya yang berada di Kimanis tetapi juga pengundi luar dari Labuan, Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort diharap turun menunaikan tanggungjawab esok (Sabtu) kerana ini penting untuk memilih wakil rakyat Kimanis," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penduduk di Kampung Likas, Binsulok, Membakut di sini, pada Jumaat.
Seramai 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi pada PRK Parlimen Kimanis akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka, hari ini.
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#keputusan bijak
#Kimanis Memilih
#mengundi
#Mohd Shafie Apdal
#pembangunan
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK Kimanis
#rakyat
#tanggungjawab
#wakil rakyat baharu
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan