Pekan Permatang Pauh terkenal dengan pelbagai juadah istimewa, tetapi apabila ditanyakan penduduk tempatan tentang makanan yang popular di situ, sudah pasti telunjuk diarahkan kepada warung yang menjual Roti Benggali Telur Goyang.
Warung Adik & Abang di Kampung Pertama, Permatang Pauh yang menjual juadah popular ini mula beroperasi sejak tahun 2011.
Apabila kru Astro AWANI tiba di pekarangan warung itu pada pukul 8 pagi tadi, hampir kesemua meja makan di situ penuh dengan warga kampung dan penduduk yang makan sarapan pagi sebelum bertolak ke kerja.
Hampir kesemua orang yang makan di warung itu, dilihat menjamah Roti Bengali Telur Goyang.
Sajian itu ringkas sahaja iaitu dua keping roti tawar yang dibakar dan disapukan dengan mentega dan kaya, disertakan dengan dua biji telur separuh masak diletakkan di atas roti itu.
Namun, apabila suapan pertama masuk ke dalam mulut, rasa masin daripada mentega dan rasa manis daripada kaya dicampur dengan telur yang meleleh memberikan rasa yang cukup enak kepada sajian ini.
Pemilik warung Adik & Abang, pasangan kembar bernama Muhammad Ridhwan Hafiz dan Muhammad Ridhauddin Haris, masing-masing berumur 23 tahun, berkata dalam sehari di antara 100 hingga 200 pingan Roti Bengali Telur Goyang dimasak untuk memenuhi permintaan penduduk.
"Kami hanya menjual sarapan pagi dan oleh kerana itu warung kami sentiasa penuh pada waktu pagi.
"Minggu pilihan raya kecil Permatang Pauh ini permintaan meningkat lagi banyak.
"Kami terpaksa menampung permintaan 50 peratus lagi banyak daripada permintaan biasa," kata Muhammad Ridhauddin, sambil menambah warung itu turut menjual nasi lemak dengan 10 jenis lauk pilihan pelanggan.
Kembar itu yang merupakan pengundi Permatang Pauh berkata mereka mengharapkan pemimpin yang akan memberi peluang pekerjaan dan peluang peniagaan yang lebih banyak kepada pemuda zaman sekarang.
Roti Bengali Telur Goyang dijual dengan harga RM3.50 sepinggan.
T K Letchumy Tamboo
Wed May 06 2015
Sajian itu ringkas sahaja iaitu dua keping roti tawar yang dibakar dan disapukan dengan mentega dan kaya, disertakan dengan dua biji telur separuh masak diletakkan di atas roti itu. -Gambar Astro AWANI
ISWC 2024: Mengimbangi keselesaan masa kini demi keselamatan masa depan
Pengurus Kanan, Jabatan Polisi & Strategi, KWSP, Farizan Kamaluddin membincangkan berkenaan keselesaan masa kini yang meliputi pilihan kerjaya di sebalik cabaran ekonomi yang tiada noktahnya.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Kembangkan perniagaan, Jakel komited labur RM1 bilion tahun ini dan banyak lagi tahun depan
Menurut Muhammad Ashraf, infrastruktur digital adalah komponen utama dalam strategi kepelbagaian kumpulan Jakel sekarang.
Ciri Recall pada Windows dikatakan mempunyai risiko sekuriti serius
Katanya, maklumat yang dikesan pada tangkapan layar oleh Recall disimpan di komputer dalam bentuk pangkalan data SQLite yang tidak disulitkan.
Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen
Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.
ISWC 2024: The Road to Meaningful Retirement
Join us as we sit down with Balqais Yusoff, the Head of Department, Policy & Strategy at EPF, to discuss the future of retirement planning. Discover the strategies and insights on achieving a fulfilling retirement in the era of wearable technology.
AWANI Ringkas: Taktik terbaharu 'scammer' dapatkan butiran kewangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Muhammad Haqimi sedia galas tugas penggempur utama
Pemain berusia 21 tahun itu mahu terus membalas kepercayaan diberikan selepas aksi cukup positif bersama Pan Gon.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
Ramadan: Kongsi rezeki juadah buka puasa secara pandu lalu
Aneka juadah yang disediakan termasuk kuih muih, nasi berlauk, bubur lambuk dan minuman secara percuma.
Ramadan 2021: Kuih tahi itik antara kuih tradisional digemari sepanjang Ramadan
Kuih Tahi Itik atau Putih Telur dikenali antara juadah Ramadan di Kelantan.
Ramadan 2021: Hati-hati pilih juadah, elak keracunan makanan
Keracunan makan bolah terjadi disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak sempurna dan tidak bersih.
Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19
Agihan secara pandu lalu diteruskan tahun ini dengan mematuhi SOP bagi mengelakkan orang ramai daripada berhimpun ketika mendapatkan juadah berbuka puasa itu.
Restoran hidang sajian biawak, babi hutan diserbu
Daging kedua-dua haiwan itu dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis dalam serbuan di restoran berkenaan pada Selasa.
CoCo Ichibanya buka cawangan di India, 'perang kari' pun bermula!
Pemilik restoran tersebut yakin mereka mempunyai kelebihan tersendiri bagi memikat masyarakat di India.
Bimbang pematuhan pelanggan, pengusaha kedai makan kekal konsep bungkus
Seorang pemilik restoran terkemuka di Ipoh mengambil keputusan untuk tidak membuka operasi seperti biasa kerana tidak yakin dengan pematuhan pelanggan terhadap PKPB.
Pembaziran makanan berkurangan tanpa bazar Ramadan - Zuklifli
Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Stres menjelang raya: Kesan, punca dan kaedah menangani
Mengikut skala inventori stres Holmes - Rahe (Holmes-Rahe stress Inventory), perayaan utama turut menyumbang kepada stres dan berada di tangga ke 42 dalam skala faktor penyumbang stres.
Chef pastri Malaysia juara dunia
Mereka mengalahkan 21 chef lain dari seluruh dunia, dengan beberapa juadah pencuci mulut bertemakan coklat dan buah-buahan.