awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sandakan: Ketepi 4 calon lain, Vivian cantas majoriti 10,000 mendiang bapa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/05/2019
13:04 MYT
PRK Sandakan: Ketepi 4 calon lain, Vivian cantas majoriti 10,000 mendiang bapa
Vivian Wong (tengah) mengangkat tangan tanda gembira selepas SPR mengumumkan kemenangan beliau dengan undi 16,012 dan majoriti 11,521 di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua malam ini. --fotoBERNAMA
Vivian Wong Shir Yee dari DAP diisytihar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.186 Sandakan hari ini.
Beliau menerima 16,012 undi, jauh meninggalkan empat lagi pencabarnya, dengan majoriti 11,521 undi.
Bukan sahaja meminggirkan empat calon lain, beliau turut menewaskan majoriti 10,098 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Datuk Stephen Wong, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Keputusan rasmi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain setelah kesemua 93 peti undi dikira dan disahkan.
Pencabar terdekatnya, calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin mendapat 4,491 undi, manakala tiga lagi calon bebas hilang wang deposit apabila Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi; Sulaiman Abdul Samat 126 undi dan Chia Siew Yung 178 undi.
Topic Berkaitan
#DAP
#pilihan raya kecil
#PRK Sandakan
#Sandakan
#Vivian Wong Shir Yee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan