Tutup

PRK Tg Piai: Peruntukan bukan umpan undi, ia secara kebetulan - Tun M

PRK Tg Piai: Peruntukan bukan umpan undi, ia secara kebetulan - Tun M
Peruntukan yang diumumkan di Tanjung Piai, Johor dibuat secara kebetulan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen itu, kata Perdana Menteri. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beberapa peruntukan yang diumumkan di Tanjung Piai, Johor dibuat secara kebetulan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen itu.

Menurut beliau, para menteri sudah memiliki perancangan untuk membangunkan pelbagai kawasan di negara ini menerusi peruntukan tertentu termasuk di Tanjung Piai.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuat sebarang pengumuman pembangunan sewaktu kempen telah bermula.

“Sebelum calon diumumkan, kita menjalankan tugas seperti biasa. Waktu mana pun kita beri peruntukan, tapi ketika peruntukan ini diumumkan, secara kebetulan ada PRK di situ.
“Kalau kita umum apa-apa peruntukan atau bantuan ketika sedang berkempen, itu tidak baiklah.

“Tapi kebiasaannya memang sudah ada rancangan (pembangunan) tertentu, tapi seboleh-bolehnya kita tidak akan guna rancangan ini sebagai umpan menarik sokongan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan beberapa menteri mengumumkan peruntukan di Tanjung Piai, menjelang PRK Parlimen Tanjung Piai, 16 November depan.


Tag: Tanjung Piai, Johor, Pilihan Raya Kecil, PRK Tanjung Piai, Tanjung Piai Memilih, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.