awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia

Bernama
Bernama
04/11/2017
12:05 MYT
Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
Dr Hilmi menyeru kesemua jururawat di negara ini untuk terus berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing. - Gambar fail
Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik masyarakat negara luar seperti di Arab Saudi.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana golongan berkenaan yang pernah menjalani latihan di kolej kejururawatan di bawah Kementerian Kesihatan mendapat kelayakan gaji sama rata seperti jururawat di United Kingdom dan Australia, apabila bekerja di negara luar.
"Jururawat ini tidak boleh cuti tanpa gaji jika hendak bekerja di negara luar. Jadi mereka kena berhenti kerja...mereka ini pergi dengan kemahiran, mereka mendapat latihan yang terbaik di negara kita. Kolej kejururawatan kita melatih pelajar mereka dengan cukup baik sekali.
"Sehingga, apabila pergi bekerja di negara luar pun (bekas) jururawat kita ini dterima baik," katanya kepada pemberita selepas melawat dan merasmikan Makmal Simulasi Komuniti Kolej Kejururawatan Sungai Petani di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sungai Petani (Kejururawatan) di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Hilmi menyeru kesemua jururawat di negara ini untuk terus berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dalam bidang diminati dengan mengikuti kursus lanjutan di samping menambah baik keupayaan berbahasa Inggeris.
Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan jururawat berkenaan berkebolehan tinggi dengan pelbagai kemahiran sekali gus meningkatkan kebolehpasaran kerja mereka sama ada di negara ini mahupun luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Hilmi Yahaya
#Hilmi Yahaya
#jururawat
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan