Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis buat jemaah tenteram, rasa selamat

Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis buat jemaah tenteram, rasa selamat
Program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutuan.

Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.
"Sudah sampai masanya inisiatif itu dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat Tarawih pada bulan Ramadan," katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel Jumaat malam tadi.

Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Beliau berkata Ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut.

-- BERNAMA

Tag: Kuala Lumpur, Islam, Ramadan, polis, jenayah, Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ehsan Mohd Hosni, Masjid Wilayah Persekutuan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.