Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata program itu memberikan pengalaman tidak ternilai kepada peserta program untuk duduk di sisi golongan pembuat dasar dan keputusan utama kerajaan.
"Ketika kami sebagai pelajar universiti, kami menganggap kerja-kerja mentadbir kerajaan adalah mudah.
Apabila anda menjadi anggota kerajaan, anda menyedari ia tidak semudah seperti yang dilihat dari luar.
Mentadbir sebuah kerajaan amat mencabar. Ia adalah kompleks namun ia memberikan kepuasan kerana anda boleh melakukan perubahan untuk kehidupan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Felo Perdana Tahun 2017 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Seramai 85 orang siswazah dan graduan dari dalam dan luar negara ditempatkan bersama mentor yang juga menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara selama minimum enam minggu hingga tiga bulan.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Najib berkata penyertaan dalam program Felo Perdana merupakan satu pengalaman tidak ternilai dan para peserta mesti mengambil peluang keemasan itu untuk menambah pengalaman menerusi program ini.
"Ia bukan mengenai pengalaman bertahun-tahun. Apa yang penting adalah pengalaman. Satu tahun atau beberapa bulan pengalaman di sini mungkin bernilai enam tahun pengalaman di luar," katanya.
Beliau berkata pengalaman sebagai peserta program Felo Perdana ini akan menjadi satu aset kepada para peserta apabila dimasukkan dalam resume masing-masing.
"Apabila anda dipilih sebagai Felo Perdana, anda sudah dianggap sebagai sebahagian daripada kumpulan bakat muda untuk masa depan. Setiap seorang daripada anda mempunyai kualiti luar biasa dan sebab itu anda dipilih.
"Kalau hendak memohon untuk memasuki pusat pengajian perniagaan atau syarikat multinasional, kita boleh kata saya adalah seorang Felo Perdana. Kalau nak masuk dalam kerajaan, ia akan menjadi satu kelebihan," katanya.
Najib berkata program Felo Perdana sangat berguna kerana ia mencerminkan komitmen kerajaan menghargai peranan generasi milenium dalam negara.
"Maju mundur sesebuah negara bergantung kepada yang berasaskan bakat. Kita mesti mewujudkan pelbagai program dan struktur supaya generasi milinium ini merupakan talent base.
"Melalui program ini, kita boleh dedahkan proses mentor dan mengasah bakat kepimpinan mereka," katanya.
Menurut Najib, peserta tahun ini dikehendaki menulis esei mengenai Tranformasi Nasional (TN 50) agar mereka boleh memberi input.
Program Felo Perdana merupakan satu daripada inisiatif KBS untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan yang relevan berhubung sistem kabinet negara, aspek kepimpinan dan pentabdiran negara.
Program Felo Perdana yang bermula sejak tahun 2013 telah melahirkan 403 pemimpin muda dinamik sehingga tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2017
Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.
Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar
Felo Perdana membolehkan belia untuk lebih memahami dasar kerajaan.
Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri
Sebelum menyertai Program Felo Perdana itu, ada yang mempunyai pelbagai persepsi terhadap orang politik dan menteri.
Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik
Perdana Menteri menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.
Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata
Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin
Edisi ke-8 Felo Perdana menyaksikan 82 orang telah terpilih daripada keseluruhan 600 permohonan.
Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19
Ketika ini, pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan
Promosi Program Felo Perdana telah giat dijalankan di universiti-universiti tempatan bagi membuka peluang kepada pelajar IPT mengenali program ini dengan lebih mendalam.
Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM
Program Felo Perdana edisi kelima menjadi platform terbaik melatih generasi muda terbabit secara langsung dengan golongan pembuat dasar kerajaan.
Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib
Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.