Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengambil keputusan membatalkan program FitMalaysia Edisi Melaka akibat jerebu.
Program itu dijadualkan berlangsung pada Sabtu (14 September) di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka.
“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Alam Sekitar, iaitu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, sebarang aktiviti fizikal di kawasan terbuka adalah tidak digalakkan,” kata satu kenyataan daripada pihak KBS pada Jumaat.
Berdasarkan laporan IPU yang dicatatkan di Bandaraya Melaka pada petang Jumaat (13 September) adalah sekitar 120 dan dijangkakan berada pada paras tidak sihat untuk aktiviti luar pada Sabtu.
“Program FitMalaysia sering mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Oleh itu pihak KBS terpaksa membatalkan program ini untuk mengelakkan risiko orang ramai berdepan dengan masalah kesihatan,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia Edisi Melaka pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.
KBS juga mengucapkan terima kasih kepada lebih 12,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program tersebut.
Astro Awani
Fri Sep 13 2019
Pemandangan di sekitar Bandaraya Melaka yang dilanda jerebu dari tingkat 42 bangunan The Shore Sky Tower. - Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu.
Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.
Cuaca panas: Johor arah sekolah tangguh sementara aktiviti luar bilik darjah
Arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lepas.
Cuaca panas: Sekolah perlu hentikan aktiviti luar bilik darjah
Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.
Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.
Thailand beri amaran cuaca panas melampau
Sebahagian benua Asia melaporkan cuaca panas melampau bulan ini dengan suhu yang tinggi dikesan di beberapa negara.
Aktiviti luar bilik darjah perlu dibatal jika bacaan IPU tidak sihat
Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101.