Program keagamaan di kediaman Anwar amalan sejak enam bulan lalu

Program keagamaan di kediaman Anwar amalan sejak enam bulan lalu
Anwar Ibrahim bersama tetamu di majlis alunan zikir, berselawat dan bacaan Yasin di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejak enam bulan lalu, kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut, di sini tidak pernah lekang dihadiri jemputan yang terdiri daripada kalangan agama, ilmuwan, ahli keluarga dan penyokong pemimpin itu.

Mereka berhimpun di situ pada setiap Ahad malam menghadiri acara alunan  zikir, berselawat serta bacaan Yassin.
Di majlis keagamaan ini juga, tetamu menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak.

Pada Ahad, suasana yang sama terlihat di kediaman Anwar.

Ahli Parlimen Port Dickson itu meraikan tetamu seperti enam bulan lalu.

Acara itu, kata Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, merupakan program keagamaan yang tidak perlu dipolitikkan.

Kehadiran tetamu yang memenuhi kediaman Anwar adalah tanda semuanya bersatu memakmurkan majlis keagamaan itu.

Tag: Anwar Ibrahim, PKR, Presiden PKR, majlis zikir dan selawat, Zikir dan Selawat Nurul Anwar, Segambut


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.