Sebanyak 31,723 permohonan warga asing dari 126 negara untuk menyertai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan sejak 2002 hingga tahun lepas.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata China mencatat permohonan paling ramai iaitu 7,976 diikuti Jepun (4,127), Bangladesh (3,399) dan United Kingdom (2,361).
Katanya, program MM2H telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara yang dianggarkan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun lalu.
“Pada 2016, anggaran sumbangan kepada ekonomi negara adalah dalam lingkungan RM2.9 bilion iaitu termasuk kutipan hasil fi visa sebanyak RM6.58 juta, pembukaan simpanan tetap RM542.55 juta, dan pembelian hartanah kediaman RM673.96 juta.
“Anggaran ini tidak mengambil kira perbelanjaan isi rumah bulanan yang bergantung kepada bilangan ahli keluarga serta perbelanjaan pendidikan bagi anak-anak mereka dan kos perubatan,”kata Nazri.
Program itu juga telah melonjakkan nama Malaysia di persada antarabangsa di mana laman web international-living.com dalam laporannya menyatakan Malaysia berada di tempat keenam terbaik di dunia dan terbaik di Asia sebagai destinasi untuk persaraan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 22 2017
MM2H telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara yang dianggarkan sebanyak 2.9 bilion ringgit pada tahun lalu - Datuk Seri Nazri
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.