awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program pembangunan masyarakat berperanan kurangkan risiko bencana

Bernama
Bernama
03/05/2017
00:14 MYT
Program pembangunan masyarakat berperanan kurangkan risiko bencana
Gempa bumi di daerah Pidie Jaya, Aceh pada Disember tahun lalu dijadikan bahan kajian kes. - Gambar fail
Program pembangunan masyarakat seperti mengadakan seminar dan memasang papan tanda boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan risiko bencana pada masa depan, kata pensyarah Universiti Syiah Kuala (SKU), Indonesia Dr Ir Izziah Hasan.
Dengan menjadikan gempa bumi di daerah Pidie Jaya pada 7 Dis tahun lepas sebagai kajian kes, Izziah berkata sekumpulan 70 penuntut SKU terlibat dalam program pembangunan kampung berasaskan masyarakat di tujuh kampung yang musnah akibat bencana alam.
"Program itu, yang diselia oleh para pensyarah, bertujuan menjana kebolehan penuntut dalam menyumbang kepada pemulihan dan pembinaan semula pembangunan semasa tempoh pasca gempa bumi di Pidie Jaya.
"Bagi tujuan itu, para penuntut yang menyertai program berkenaan menggunakan semua pendekatan yang perlu bagi mengurangkan risiko semasa bencana alam," katanya ketika berucap pada Bengkel Antarabangsa Ke Arah Pembangunan Platform Serantau bagi Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana di Asia di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, pada Selasa.
Mengenai pendekatan itu, katanya, para penuntut juga mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama masyarakat di pejabat ketua kampung dan pejabat daerah kecil kerajaan bagi menyebarkan tentang manfaat program mereka.
Selain itu, Izziah berkata mereka turut mengadakan seminar mengenai ''Mencipta Rumah Kalis Gempa Bumi'' untuk penduduk kampung dan membuat papan tanda ke kawasan pemindahan jika berlaku kecemasan.
Program itu juga melibatkan kanak-kanak dengan mengisi segmen nyanyian dan bermain tentang apa yang perlu dilakukan mereka jika dilanda gempa bumi.
Dalam kejadian itu, gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda Pidie Jaya pada 5 pagi telah mengorbankan 104 nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda awam, bangunan pejabat, masjid serta pusat perniagaan.
Antara penceramah pada bengkel dua hari itu, yang berakhir esok, ialah Dr Hiroyuki Yamamoto dan Dr Yoshimi Nishi dari Pusat Pengajian Asia, Universiti Kyoto, Jepun serta Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Muhammad Yusoff Wazir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran bencana
#bencana
#bencana alam
#gempa
#gempa bumi
#kerajaan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan