awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Permata akan diaudit dan diteliti semula - Dr Wan Azizah

Hilal Azmi
Hilal Azmi
22/05/2018
04:06 MYT
Program Permata akan diaudit dan diteliti semula - Dr Wan Azizah
Permata merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional. - Gambar fail
Kerajaan akan mengaudit dan menilai semula Program Permata yang turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya, ia merupakan program yang baik tetapi perlu penelitian semula.
“Ia program yang baik dan amat rapat dengan pembangunan kanak-kanak serta aktiviti kebajikan, maka kami akan teruskan.
“Saya percaya ia merupakan inisiatif yang suci dan murni bagi meningkatkan kemahiran mereka,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau pada masa sama menekankan bahawa dasar yang baik akan diteruskan tanpa membabitkan pembaziran.
Permata merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional untuk memupuk sahsiah dan kemahiran generasi pelapis negara sejak usia muda.
Dr Wan Azizah yang merupakan wanita pertama diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri, memulakan tugas di pejabatnya sekitar jam 10 pagi hari ini.
Kehadiran beliau disambut Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Dr Ali Hamsa selepas pertemuan bersama Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 9 pagi.
Topic Berkaitan
#audit
#Kanak-kanak
#kebajikan
#Permata
#Program
#Rosmah Mansor
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan