Program pertukaran budaya menerusi Misi Kemanusiaan UTM KL ke Kemboja

Program pertukaran budaya menerusi Misi Kemanusiaan UTM KL ke Kemboja
Sukarelawan misi sibuk menyediakan barangan bantuan sebelum dibawa ke golongan sasar. - AWANI Rangers UTM
KUALA LUMPUR: Bermula 1 April hingga 7 April ini, 22 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) bersama beberapa pensyarah dan kakitangan universiti akan menjalankan aktiviti kemanusiaan di Kemboja.

Program di Kampung Chhnang, Phnom Penh itu bakal diisikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuklah aktiviti pendidikan.
Bantuan makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan akan turut diberikan termasuk program menjaga kebersihan diri.

Pelajar-pelajar UTM KL bersama pensyarah yang akan menjalankan aktiviti kemanusiaan di Kemboja. - AWANI Rangers UTM
Program itu juga mengutip sumbangan orang ramai untuk membina kawasan pam air bagi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk kampung.

Pihak program juga akan mengadakan aktiviti sukaneka dengan pelajar sekolah setempat bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat.

Bukan itu sahaja, program cultural exchange atau pertukaran budaya akan turut diadakan bersama universiti tempatan, Universiti Phutisastra.


*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UTM, Muhammad Saifulnizam Mohd Yunus.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***AwaniRangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi Malaysia.