Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berharap agar Program Sukan Untuk Belia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai titik permulaan kepada semua penduduk PPR untuk menjadikan aktiviti bersukan sebagai satu amalan dan gaya hidup sihat.
Aminuddin berkata program ini yang diadakan di Rumah PPR Bersepadu Senawang ini juga merupakan salah satu program sempena Bulan Sukan Negara bagi memberi kesempatan kepada belia di PPR untuk terlibat dalam acara sukan dan aktiviti kecergasan.
"Diharapkan program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya ia boleh mempercepatkan proses ke arah Malaysia menjadi 'sporting nation'.
"Ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa depan di samping dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Penutupan Program Sukan Untuk Belia Di PPR Peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Aminuddin berharap penganjuran program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim penduduk setempat tetapi secara tidak langsung memberikan kesan positif kepada kesihatan dan kecerdasan tubuh badan.
"Insyaallah... sama-sama kita pastikan gaya hidup sihat ini menjadi sebagai suatu amalan yang berterusan dalam memastikan matlamat dan objektif Bulan Sukan Negara dicapai sepenuhnya sama ada dari aspek kesihatan, ekonomi, perpaduan mahupun pengiktirafan," katanya.
Sementara itu, penduduk PPR Taman Jasmin, Muhd Remen Muslih, 16, berkata program ini sedikit sebanyak membantu mengembalikan minatnya dalam melakukan aktiviti sukan.
"Hari ini saya berkesempatan memasuki pertandingan street soccer. Disebabkan saya sudah lama tidak bersukan jadi menerusi pertandingan diadakan ini sedikit sebanyak membantu saya bergiat aktif semula dalam bidang sukan," katanya.
Program Pembangunan Sukan untuk Belia di PPR ini adalah salah satu usaha dalam menjayakan hala tuju Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan 2016-2020 iaitu Pembangunan Sukan Berteraskan Blueprint Negara Bersukan.
Seramai 432 peserta terdiri daripada penduduk PPR Taman Jasmin, Senawang telah menyertai program diadakan selama satu hari ini dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan street soccer, bola jaring, sepak takraw, beyblade, sukan rakyat dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
Aminuddin berharap penganjuran program itu secara tidak langsung memberikan kesan positif kepada kesihatan dan kecerdasan tubuh badan. - Bernama
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, dua kompleks KBS
Daripada jumlah itu, RM5 juta digunakan untuk membaik pulih stadium hoki manakala RM12 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua kompleks KBS.
Penjawat awam penggerak, ejen sebar luas konsep Malaysia MADANI - Aminuddin
Menerusi program itu, ketua-ketua jabatan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.