Tutup

Projek ECRL tetap diteruskan - Tun Mahathir

Projek ECRL tetap diteruskan - Tun Mahathir
Perdana Menteri hadir melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam, pada Jumaat. -Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tetap diteruskan buat masa ini biarpun terdapat dakwaan kononnya ia bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB.

"Mungkin, tetapi kita ada kontrak untuk melaksanakannya, seperti yang anda tahu kita sudah kurangkan kosnya, jadi ia tetap diteruskan," kata beliau.

Mengenai cadangan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram yang berpendapat projek itu perlu ditangguh, kata Perdana Menteri, ia hanya pendapat peribadi beliau.

"Perlu ada perbincangan. Kalau mereka mahu berbincang dengan pihak China dan kita dibenarkan untuk tangguh, saya ikut cadangan itu," tambah Perdana Menteri.
Ditanya sama ada projek berkenaan akan disiasat SPRM, kata Tun Mahathir, ia bergantung kepada penilaian mereka.

"Itu terserah kepada kepada mereka. Kita tidak arahkan mereka untuk siasat," ujar Tun Mahathir.
Perdana Menteri ditemui selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam, pada Jumaat.

Piagam yang dihasilkan daripada resolusi yang dibentangkan pada Kongres Kebudayaan 1971 dan Kongres Budaya 2017, diharap dapat membantu rakyat dan kerajaan dalam menyemarakkan program melibatkan warisan dan budaya serta memberi kesedaran kepada masyarakat ke arah budaya tinggi sebagai asas ketamadunan.


Tag: Tun Dr Mahathir Mohamad, 1MDB, SPRM, PM, Perdana Menteri, China, ECRL, ekonomi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.