Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta

Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta
Rosmah ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima  rasuah melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Beliau dituduh menerima rasuah melalui Datuk Rizal Mansor sejumlah RM187.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic dan penyelenggaraan Genset atau diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak.
Jumlah berkenaan merupakan 15 peratus dari kontrak Saidi, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd bagi membantu Jepak Holdings mendapat tender langsung dari Kementerian Pendidikan bagi projek solar berikut.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah dituduh menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta dari Saidi Abang Samsudin syarikat sama sebagai upah melakukan perkara sama.
Beliau dibenarkan diikat jamin sejumlah RM1 juta dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 10 Disember depan.