awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kondominium Taman Rimba Kiara diteruskan - Ku Nan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/05/2017
05:54 MYT
Projek kondominium Taman Rimba Kiara diteruskan - Ku Nan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 180 unit percuma juga akan ditawarkan kepada penduduk asal yang merupakan sebahagian pekerja ladang di situ. - Foto Astro AWANI
Kementerian Wilayah Persekutuan bertegas untuk meneruskan projek pembangunan di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 180 unit percuma juga akan ditawarkan kepada penduduk asal yang merupakan sebahagian pekerja ladang di situ.
"Kita pun tidak teragak-agak untuk melaksanakan projek yang ingin kita laksanakan. Apa yang kecoh sangat, kita tidak usik langsung kawasan rekreasi itu.
"Kita pun akan bagi percuma kepada penduduk India yang merupakan penetap asal kawasan tersebut," katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Tengku Adnan pada masa sama mengakui ada pihak yang cuba menghasut penduduk di situ untuk menolak pembangunan tersebut.
"Masalahnya ada puak-puak yang dihasut oleh pembangkang dan kita tahu ada yang mengatakan bahawa kita menceroboh dalam kawasan Taman Rimba Kiara.
"Kita tidak akan usik Rimba Kiara kerana itu taman rekreasi untuk masyarakat dan kita tidak akan teragak untuk musnahkannya. Jadi jangan mereka manipulasi," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Persatuan Penduduk TTDI semalam yang berhasrat mengambil tindakan perundangan jika projek tersebut diteruskan.
Topic Berkaitan
#Taman Rimba Kiara
#Taman Tun Dr Ismail
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan