Isu berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo, industri ikan tuna dan isu Lesen Pengeluaran Filem adalah perkara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu-isu berkenaan menjadi tumpuan Ahli Parlimen menerusi tiga soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) bertanyakan Menteri Kerja Raya mengenai status terkini pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo serta justifikasi kerajaan terdahulu membatalkan pelantikan Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan kesan penamatan syarikat PDP tersebut terhadap pelaksanaan projek.
Seterusnya, Wong Shu Qi (PH-Kluang) pula meminta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran, tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.
Sementara itu, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengajukan soalan kepada Menteri Pertanian Dan Industri Makanan berhubung potensi industri ikan tuna di Malaysia serta usaha kementerian mengembangkan industri itu.
Dalam sesi soal jawab lisan pula, isu berkaitan belia dan pengangguran pasca-COVID-19 turut dijangka menjadi tumpuan perbincangan Ahli Parlimen dengan beberapa soalan akan diajukan.
Antaranya pertanyaan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) yang minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID-19 serta inisiatif kerajaan bagi membantu belia yang terjejas dan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) bertanya kepada Menteri Sumber Manusia sama ada kerajaan bercadang melaksanakan pendapatan asas sejagat menerusi projek rintis seperti Finland bagi mengurangkan kadar pengangguran.
Sidang dewan yang memasuki hari kelapan hari ini dijadual menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Tumpuan juga dijangka terarah kepada beberapa pembentangan Rang Undang-Undang bagi bacaan kali kedua, termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020, Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Yusuf bertanya Menteri Kerja Raya mengenai status terkini pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo serta justifikasi kerajaan terdahulu membatalkan pelantikan PDP dan kesan penamatan syarikat PDP tersebut. - Gambar fail
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.
Elon Musk batal pembelian Twitter AS$44 bilion
Musk berkata langkah itu diambil selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat tentang akaun palsu di platform itu.
Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021
Ini adalah kali kedua APG dibatalkan susulan pandemik dengan pertama kali membabitkan edisi 2019 di Manila, Filipina.
Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut.
Giliran Piala Cabaran 2021 dibatalkan
Kejohanan Piala Cabaran 2021 turut tidak terlepas daripada terkena tempias pandemik COVID-19 apabila dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
Tokyo 2020: Kelly Tan gusar saingan hari keempat dibatalkan
Pemain wanita nombor satu negara itu berharap ia tidak dibatalkan memandangkan dia sudah mula mendapatkan rentak di Kelab Golf Kasumigaseki.