Kumpulan Syarikat PROLINTAS tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dari segi kewangan, bertujuan membantu barisan hadapan atau ‘frontliners’, yang komited melawan wabak virus COVID-19 di Malaysia.

Ia bakal digunakan bagi menambah peralatan perubatan yang semakin berkurangan, di masa negara bertungkus lumus menangani COVID-19.

Bantuan disampaikan Pengurus Besar Divisyen Komunikasi Korporat PROLINTAS, Katheja Begum pada Selasa.

Menerima bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Ketua Setiausaha Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Bagi pihak Mercy Malaysia, Noorazila Ahmad selaku Penolong Ketua Bahagian Kewangan Mercy hadir bagi menerima sumbangan.

PROLINTAS turut serta beri bantuan kepada barisan hadapan COVID-19