awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses cerai 'fast track' elak wanita digantung tak bertali

Bernama
Bernama
10/07/2019
23:00 MYT
Proses cerai 'fast track' elak wanita digantung tak bertali
Proses kerja kes cerai secara 'fast track' juga hanya diguna pakai sekiranya beberapa syarat dipenuhi. - Gambar hiasan
Proses kerja kes cerai 'fast track' yang diperkenalkan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bukan untuk menggalakkan masyarakat Islam di negeri ini bercerai hingga menyumbang kepada kadar kes yang tinggi.
JAKESS dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kesan inisiatif ini dilihat menggalakkan para suami bagi sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah untuk menceraikan isteri secara baik hingga tidak berlaku kejadian 'wanita digantung tidak bertali'.
"Proses kerja ini juga sebenarnya menjimatkan masa dan kos pihak terlibat dan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baharu secara damai tanpa perlu bermusuhan antara satu sama lain.
"Ini sebagaimana yang biasa berlaku kesan daripada perbicaraan kes yang panjang di mahkamah," kata kenyataan itu.
JAKESS menjelaskan jumlah kes perceraian yang tinggi di Selangor sebenarnya disebabkan faktor kepadatan penduduknya berbanding negeri-negeri lain.
Menurut kenyataan itu, proses kerja kes cerai secara 'fast track' juga hanya diguna pakai sekiranya beberapa syarat dipenuhi.
Ini termasuk penyediaan dokumen yang lengkap; suami dan isteri hadir ke mahkamah; wujud persetujuan antara suami dan isteri untuk bercerai secara baik serta harmoni; isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut.
Di samping itu, mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.
Dalam hal ini, kes perceraian akan diselesaikan dalam tempoh enam jam daripada masa pemfailan kes.
Pada Selasa, isu perceraian dalam masa enam jam di Selangor dibangkitkan Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Jalaludin Alias pada sesi pertanyaan lisan di persidangan Dewan Rakyat.
Beliau mendakwa proses perceraian ekspres itu antara punca negeri terbabit mencatat kes perceraian tertinggi di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerai
#cerai cara baik
#fast track
#Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
#jakess
#perkahwinan
#suami
#tanggungjawab suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan