awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding kes Najib tidak boleh siar secara langsung

Bernama
Bernama
01/04/2019
12:40 MYT
Prosiding kes Najib tidak boleh siar secara langsung
Pada Ahad, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu. - Gambar fail
Prosiding perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bermula Rabu ini, tidak boleh disiar secara langsung.
Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.
"Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media atau dibenarkan untuk dirakamkan,"demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan pada Isnin.
Dilaporkan satu petisyen dalam talian oleh rakyat Malaysia dilancarkan bagi meminta kes perbicaraan Najib berkaitan SRC International disiarkan secara langsung di televisyen.
Pada Ahad, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu.
Pada 4 Julai 2018, Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa.
Bagaimanapun, Anggota Parlimen Pekan itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut. -- BERNAMA
BACA: Perbicaraan Najib: Tiada masalah kalau siar secara langsung - Anwar
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#Najib Razak
#perbicaraan mahkamah
#rakaman media
#siaran langsung
#siaran langsung kes najib
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan