awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2016
10:13 MYT
Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman
Ketua penganjur Tangkap MO1, Anis Syafiqah ketika berucap pada perhimpuan tersebut pada hari ini. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar Jalan Tun Perak hari ini berlangsung dengan aman.
Bermula sekitar jam 2 petang, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini melakar beberapa titik pertemuan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.
Pada jam 2 petang, peserta dari setiap titik pertemuan mula berarak ke Dataran Merdeka sambil membawa plakad tanda protes.
Peserta kemudiannya mula berhimpun di sekitar Jalan Tun Perak apabila lokasi awal perhimpunan Dataran Merdeka ditutup dan kelihatan kawalan pihak polis dipertingkatkan dan sekaligus menimbulkan kesesakan lalu lintas.
Susulan itu, penganjur perhimpunan mengarahkan peserta untuk bergerak ke hadapan dataran Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
SAntara reaksi pengguna bas awam yang perlu melalui Jalan Tun Perak ketika peserta Tangkap MO1 mula berhimpun di sekitar jalan tersebut. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Antara reaksi pengguna bas awam yang perlu melalui Jalan Tun Perak ketika peserta Tangkap MO1 mula berhimpun di sekitar jalan tersebut. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Peserta perhimpunan Tangkap MO1 daripada Sogo mula menghampiri Dataran Merdeka. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/gR4x6QVjfD
— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) August 27, 2016
Peserta himpunan Tangkap MO1 duduk di tengah jalan di hadapan Dataran Merdeka @501Awani pic.twitter.com/NHgoGcAl7H
— Su Lin (@TanSuLin_AWANI) August 27, 2016
Perhimpunan tersebut diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin kumpulan mahasiswa termasuk ketua penganjur perhimpunan, Anis Syafiqah Mohd Yusof.
"Peserta yang hadir hari ini lebih percaya kepada kuasa rakyat dan mempunyai semangat sayangkan Malaysia.
"Kita perlu bersatu menentang kezaliman. Saya lakukan perkara ini bukan untuk masa hadapan saya, tetapi untuk kebaikan masa hadapan Malaysia," katanya ketika berucap di perhimpunan aman itu.
Susulan itu, penganjur perhimpunan mengarahkan peserta  untuk bergerak ke hadapan dataran Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).  Perhimpunan tersebut diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin kumpulan mahasiswa termasuk ketua penganjur perhimpunan itu, Anis Syafiqah.
Pihak polis bersiap sedia di Dataran Merdeka bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ura-ura yang menyatakan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai protes itu bagaimanapun, ahli politik veteran itu tidak kelihatan langsung sehingga perhimpunan bersurai.
Perhimpunan itu mendesak identiti 'MO1', yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.
Penganjur umum perhimpunan berakhir pada jam 4.35 petang tadi. @501Awani pic.twitter.com/dZCEEJCT2A
— Mariah Ahmad AWANI (@A_marea) August 27, 2016
Topic Berkaitan
#anis syafikah
#perhimpunan
#Tangkap MO1
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan