awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020

Bernama
Bernama
11/12/2019
12:03 MYT
Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu. - Bernama
Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C premium paling popular di Malaysia, dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
"Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.
"Berasaskan ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap serta penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kami percaya Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC untuk menaik taraf antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Proton, delegasi dari 21 ekonomi akan melawat Malaysia sepanjang 2020 memandangkan jawatankuasa dan kumpulan kerja di bawah APEC akan membincangkan pelbagai isu ke arah penyepaduan ekonomi serantau.
Perbincangan mengenai liberalisasi perdagangan dan pelaburan juga dipertingkat dengan menangani isu-isu antaranya mengenai penerimaan pendigitalan, memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan, meningkatkan pemerkasaan wanita, menurut Proton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC 2020
#kereta rasmi
#Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
#Kuala Lumpur
#Li Chunrong
#Proton X70
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan