Teka-teki bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan hampir terjawab apabila cuti bagi semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan bermula bulan hadapan.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab berkata, pembekuan cuti itu berkuat kuasa pada Mac, April dan Mei 2018.
"Arahan pembekuan cuti ini turut melibatkan kepimpinan tertinggi Bukit Aman dan ia sebahagian daripada persediaan menghadapi PRU14," katanya seperti dilaporkan Star Online.
Katanya, hanya cuti ke luar negara yang dibekukan namun lawatan kerja ke luar negara terutamanya bagi pengarah masih dibenarkan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah menjalankan latihan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Latihan ini mengangkumi dua aspek, satu dengan melakukan simulasi pilihanraya semasa penamaan calon, sewaktu tempoh berkempen, ketika hari mengundi dan juga selepas pilihan raya.
"Satu lagi aspek melibatkan latihan undang-undang yang dilakukan bersama-sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap anggota yang bertugas di lokasi-lokasi seperti tempat membuang undi dan dewan penjumlahan undi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Seramai 130,000 anggota PDRM akan ditempatkan sepanjang proses demokrasi berkenaan berlangsung.
Astro Awani
Fri Feb 23 2018
Latihan simulasi dan undang-undang yang dilakukan PDRM turut melibatkan kerjasama SPR. - Astro AWANI/Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Banjir: JBPM atur gerak anggota ke pantai timur
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggerakkan anggotanya dari negeri yang tidak terjejas dengan musim Monsun Timur Laut (MTL) ke pantai timur, sebagai persediaan menghadapi banjir.
Seramai 34 pegawai kanan, rendah polis dibuang kerja, lima bulan pertama tahun ini - Bukit Aman
PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.
PDRM tidak lindungi anggota terlibat kes jenayah
PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil ke atas anggota yang didapati bersalah.
Bajet 2023: APMM mahu bilangan aset, anggota ditambah
APMM memerlukan aset yang sesuai dan mampu bertahan lama di laut agar rondaan serta penguatkuasaan di persempadanan lebih efektif.
1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.
Hampir 5,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan bantu pascabanjir
Mobilisasi anggota perkhidmatan awam itu merupakan inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama rakyat.
Lebih 12,000 anggota bomba siap siaga hadapi musim tengkujuh - KP JBPM
Persiapan merangkumi langkah mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.
Seramai 12,000 anggota APM terima dua dos vaksin COVID-19
Suntikan vaksin berkenaan membolehkan anggota APM berasa lebih yakin ketika bertugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Polis siasat video tular anggota minta sogokan
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam insiden itu.