Bahang kehangatan musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sahaja digunakan oleh parti politik sebagai medan untuk bertarung, tetapi ia juga memberi rezeki bermusim kepada sebahagian golongan peniaga.
Di Terengganu, misalnya, pengusaha-pengusaha kereta sewa menerima tempias daripada momentum pilihan raya apabila kebanyakan mereka menerima tempahan berganda sejak seminggu lalu daripada pelbagai pihak.
Antara pengusaha kereta sewa yang ditemui Astro AWANI, Raja Hazamir Raja Jusoh berkata jumlah tempahan meningkat mendadak hingga dua kali ganda berbanding hari biasa sejak seminggu lalu.
“Kalau nak ikutkan boleh katakan sejak seminggu ni pelbagai pihak datang untuk buat tempahan. Kadang tu sampai 10 ke 20 buah kenderaan ditempah oleh sesetengah parti politik dan agensi kerajaan.
"Ini macam rezeki bermusim yang biasa berlaku setiap kali pilihan raya.”
Tambahnya, kebanyakan rakan yang turut mengusahakan kereta sewa di Terengganu juga menerima lambakan tempahan.
“Ini baru peringkat awal dan kita menjangkakan akan berlaku peningkatan lagi sebaik menjelang penamaan calon pada 28 haribulan ni.
"Sebab tu semua pengusaha kereta sewa Terengganu sekarang ni tengah berusaha untuk memenuhi setiap tempahan untuk pelbagai jenis kenderaan.”
Antara yang paling popular ditempah termasuklah kenderaan jenis pacuan empat roda dan van selain kereta sedan.
Menurutnya, malah sebahagian mereka telah melakukan tempahan awal untuk membawa pengundi pada hari mengundi nanti iaitu pada 9 Mei.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Apr 17 2018
Antara yang paling popular ditempah termasuklah kenderaan jenis pacuan empat roda dan van selain kereta sedan. -Foto Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat
Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.
Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong
APAD membuka permohonan Lesen Kelas Teksi dan Kereta Sewa kepada individu awam di bawah perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian bermula 18 April hingga 30 Jun ini.
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
Pemerkasa PLUS: Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Lahad Datu sambut baik bantuan
Persatuan pengusaha teksi dan kereta sewa Lahad Datu sambut baik bantuan program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi tambahan.
PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.
Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong
Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKP namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran.
Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya
Jumlah tempahan meningkat mendadak hingga dua kali ganda berbanding hari biasa sejak seminggu lalu.
300 lagi pemandu teksi, kereta sewa terima lesen teksi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen teksi individu kepada kumpulan kedua pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.
Insiden diganggu: Daniella sebar kesedaran, Uber ambil tindakan
Selepas aduan dibuat, pihak Uber ambil tindakan menggantung tugas pemandu berkenaan untuk menjalankan siasatan selain menambah ciri keselamatan.