Rata-rata ibu bapa menyokong hasrat kerajaan melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Isnin lepas, dan menganggap langkah itu akan dapat mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja sekali gus menjimatkan masa dan wang perbelanjaan harian.
Seorang penjawat awam, Azura Ahmad, 35, berkata cadangan kerajaan untuk memberi sarapan percuma kepada pelajar dapat memastikan setiap anak-anak mendapat sarapan pagi yang shat.
Menurutnya ia juga dapat mengurangkan beban ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi atas faktor kekangan masa terutamanya ibu bapa yang bekerja jauh.
"Ibu bapa yang bekerja jauh sebagai contoh terpaksa melalui perjalanan jauh dari Seremban untuk bekerja di Kuala Lumpur, menyebabkan adakalanya mereka tidak sempat menyediakan sarapan pagi.
"Bagi menjimatkan masa ada yang menyediakan makanan secara ringkas seperti menggoreng nugget atau sosej. Paling tidak pun memberi duit kepada anak-anak untuk membeli makanan sendiri dan sudah tentu kita tidak tahu sama ada makanan yang dibeli mereka benar-benar berkhasiat, bersih ataupun tidak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Rabu.
Tambahnya lagi, PSP dapat mengurangkan beban keluarga yang susah dan kurang berkemampuan terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
Sementara itu, seorang penduduk Nilai, Mohamad Faruq Yunus, 31, yang juga merupakan kakitangan kerajaan berkongsi pandangan sama dan menyifatkan PSP dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian.
"Dengan adanya PSP ini ia secara tidak langsung menjimatkan masa ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak terus ke sekolah selain menjimatkan wang perbelanjaan sekolah.
"Saya beri belanja sekolah kepada anak RM5 sehari dan mungkin dengan adanya sarapan percuma ini boleh menjimatkan RM2 hanya untuk sarapan pagi sekali gus meringankan bebangan perbelanjaan bulanan keluarga yang mempunyai tanggungan anak ramai," katanya.
Bagi ibu salah seorang murid Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin, Norafizah Abu Zahar, 37, selain membantu menjimatkan masa bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, program PSP ini boleh melatih dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap pelajar dari awal usia.
"Melalui PSP, pelajar turut dididik mengenai disiplin dan kebersihan kerana selepas makan mereka perlu mengemas sendiri pinggan yang digunakan. Jadi ia memberi perkembangan positif dalam mendidik anak-anak ini supaya lebih bertanggungjawab," katanya.
Bagaimanapun, terdapat ibu bapa yang berharap pemberian makanan bagi sarapan percuma kepada pelajar sekolah rendah ini perlu seimbang dan berkhasiat.
Seorang kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia, Mohamad Rozaymie Zaily, 33, berkata pihak yang bertanggungjawab menguruskan penyediaan sarapan pagi itu perlu menyediakan makanan secara sihat dan berkhasiat.
"Program ini baik kerana ia memastikan anak-anak ini bersarapan di sekolah namun pihak sekolah atau pihak kantin perlu memastikan penyediaan makanan ini secara sihat dan nutrisi bukan makanan segera atau makanan proses," katanya.
PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat.
PSP dicadang untuk dilaksanakan selama 30 minit, antara pukul 7.00 dan 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan antara pukul 12 tengah hari dan 4.00 petang bagi sekolah sesi petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat. - Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PSP kurang beban ibu bapa bekerja, jimatkan wang perbelanjaan
Terdapat ibu bapa yang berharap pemberian makanan bagi sarapan percuma kepada pelajar sekolah rendah ini perlu seimbang dan berkhasiat.
#JendelaRamadan: Tips pilih makanan sihat di bazar Ramadan
Persoalan yang sering timbul adalah bagaimana hendak memastikan makanan yang dibeli di bazar Ramadan itu berkhasiat atau tidak.