Inisiatif kerajaan mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi menggantikan tiga jenis dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci, dan Kad Burung-Burung, adalah langkah permulaan yang secara tidak langsung membantu membersihkan daftar pemilih di negeri ini, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.
Beliau berkata ia juga adalah satu langkah bijak diambil kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dalam usaha memastikan isu lambakan warga asing di negeri ini, diuruskan secara sistematik sekali gus pendekatan proaktif mengenal pasti status warga asing sah ataupun tidak.
"Ini adalah langkah bijak dan titik permulaan untuk kita melihat isu ini, memandangkan sistem pendaftaran pemilih akan dilakukan secara automatik. Amatlah penting sekarang untuk membersihkan daftar pemilih, macam mana nak membersihkan daftar pemilih, ia perlu bermula bagaimana menyusun atur PTI (pendatang tanpa izin) dengan betul bagi mengetahui jumlah (PTI) yang tepat.
"Inisiatif PSS ini bagus. Kita kena lihat semula, siapa PTI siapa bukan, siapa buruh asing sah dan tidak sah. Selepas itu, baru dapat ditentukan langkah seterusnya, sama ada menghantar pulang (PTI) atau bagaimana mereka boleh sah bekerja di sini tanpa mengkompromi hak rakyat Sabah," katanya ketika ditemui pemberita pada program Merdeka @ Komuniti Kota Kinabalu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan dicapai antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah untuk mengeluarkan PSS mulai 1 Jun 2020.
PSS dikeluarkan bagi meningkatkan penguatkuasaan sekali gus memastikan rekod warga asing di Sabah berpusat serta diseragamkan dan ia hanya sah selama tiga tahun dan perlu diperbaharui pada harga RM120.
Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah Haris Alimudin dalam kenyataan berkata keputusan mengeluarkan PSS juga akan dapat membantu kerajaan menamatkan masalah pemalsuan dokumen yang membelenggu Sabah sejak sekian lama.
Haris berkata Amanah Sabah berharap pemberian PSS dipantau rapi bagi memastikan hanya warga asing sudah lama berada di Sabah sahaja layak memperolehi pas itu selain setiap pemegang PSS perlu diberikan syarat ketat, termasuk membatalkan kelayakannya jika tidak mematuhi undang-undang negara.
"Pemberian PSS adalah pilihan terbaik menyelesaikan masalah 'tanpa negara' yang selama ini tidak dapat didokumentasikan kehadiran mereka.
"Kepentingan dan hak rakyat Sabah perlu diutamakan dan PSS mesti dilihat sebagai penyelesaian sementara, dan kerajaan hendaklah memperkenalkan polisi yang mampu menamatkan masalah PTI yang menjadi masalah utama di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Keputusan mengeluarkan PSS juga akan dapat membantu kerajaan menamatkan masalah pemalsuan dokumen yang membelenggu Sabah sejak sekian lama.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Tiada kawalan harga sementara telur dan ayam, pastikan keterjaminan bekalan di pasaran - Chan
Bekalan ayam dan telur kembali stabil dan harga pasaran semasa kini adalah lebih rendah, maka kawalan harga siling sebenarnya tidak lagi relevan.
Pemilikan Saham: Sepina sudah dihantar kepada Azam Baki - Chan Foong Hin
Chan Foong Hin berkata, mereka telah diberitahu bahawa surat itu ditulis oleh Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.
Kenyataan Anwar mungkin beri impak di kerusi PKR - Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu bagaimanapun berkata, pengumuman itu mungkin akan beri kesan di kerusi kawasan bandar.
PSS: Langkah permulaan bersihkan daftar pemilih di Sabah - Ahli Parlimen Kota Kinabalu
PSS dikeluarkan bagi meningkatkan penguatkuasaan sekali gus memastikan rekod warga asing di Sabah berpusat serta diseragamkan.