awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN akan teliti input Dewan Rakyat berhubung pembayaran balik pinjaman

Bernama
Bernama
17/11/2018
09:47 MYT
PTPTN akan teliti input Dewan Rakyat berhubung pembayaran balik pinjaman
WAN SAIFUL: Agensi itu tidak mampu menunaikan janji menangguhkan pembayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 kerana tidak mahu menjadi seperti 'menang sorak, kampung tergadai'.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneliti semua cadangan yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pembayaran balik pinjaman, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Katanya banyak input positif yang dikemukakan oleh wakil rakyat semasa membahaskan Belanjawan 2019.
PTPTN akan mengumumkan kaedah pembayaran balik pada Disember depan selepas meneliti semua perbahasan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Kerjaya 2018 anjuran Kolej Matrikulasi Perlis yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Dr Baiduriah Yaakub.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata agensi itu tidak mampu menunaikan janji menangguhkan pembayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 kerana tidak mahu menjadi seperti 'menang sorak, kampung tergadai'.
"Silap-silap PTPTN kena tutup sebab tidak ada duit beri pinjaman baharu," katanya.
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lalu, para peminjam bergaji RM1,000 ke atas dikehendaki membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bayaran Balik
#pinjaman
#PTPTN
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan