awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN: Kertas konsultasi rakyat diumum bulan ini

Bernama
Bernama
05/05/2019
23:10 MYT
PTPTN: Kertas konsultasi rakyat diumum bulan ini
Dokumen yang mengandungi maklumat berhubung mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman PTPTN itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat. - BERNAMA/Fail
Kertas Konsultasi Rakyat yang mengandungi dua bahagian iaitu dasar-dasar dan fakta terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibentangkan kepada umum pada bulan ini.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumumannya dijangka dibuat dalam tempoh terdekat selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman selesai meneliti dokumen berkenaan.
Dokumen yang mengandungi maklumat berhubung mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman PTPTN itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat serta idea-idea yang dikumpulkan dan dikemukakan pakar dari Disember sehingga Mac lepas.
"Kita sudah minta 'lampu hijau' (untuk bentang) lebih kurang sebulan lepas tapi mungkin ada beberapa pertimbangan dI peringkat atas, tapi sebaik saja kita dapat, kita akan bentangkan," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara syarikat pengendali aplikasi e-wallet, KiplePay Sdn Bhd, dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di kampus universiti itu pada Ahad.
Wan Saiful sebelum ini mengumumkan kertas yang turut mengandungi beberapa cadangan baharu itu diperoleh hasil perjumpaan meja bulat PTPTN bersama badan bukan kerajaan (NGO), ahli ekonomi, institusi perbankan serta pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan pelajar, yang diadakan sejak Disember lepas.
Meja rundingan yang diadakan itu dilaksanakan susulan keputusan kerajaan pada 7 Dis lepas yang menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji berjadual (PGB). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Maszlee Malik
#pendidikan
#PTPTN
#universiti
#UUM
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan