Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan untuk mendaftarkan 500,000 pemegang akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan jumlah deposit melebihi RM1 bilion, tahun ini.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata ini susulan kejayaan yang diraih agensi itu pada tahun lepas yang merekodkan 678,829 pemegang akaun dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM1.13 bilion.
"Bagi tempoh Januari sehingga 31 Julai lepas, SSPN merekodkan sebanyak 256,135 pemegang akaun dengan jumlah deposit sebanyak RM477.25 juta," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah SSPN 2019 peringkat Negeri Sembilan, yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini, hari ini.
Wan Saiful berkata SSPN merupakan produk yang amat mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat serta menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik dan berharap kesedaran menabung dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.
Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata pendidikan merupakan aset utama dalam pelaksanaan pembangunan negara dan kerajaan katanya amat menitik berat soal pendidikan bagi pembangunan modal insan bagi mencapai negara yang makmur dan maju.
Di Negeri Sembilan katanya, sejak 2004 sehingga Julai tahun ini sebanyak 191,013 akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM179.9 juta manakala bagi tempoh Januari hingga 31 Julai tahun ini, sejumlah 12,301 pemegang akaun membabitkan deposit terkumpul sebanyak RM18.4 juta direkodkan di negeri ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru ibu bapa yang belum mempunyai perancangan kewangan pendidikan, supaya memulakan langkah penabungan segera.
Pada majlis itu, Wan Saiful turut memberikan sumbangan akaun SSPN-i kepada 320 pelajar asnaf melibatkan lapan kawasan Parlimen di seluruh negeri ini melalui peruntukan wakalah zakat PTPTN yang berjumlah RM32,000.
Setiap pelajar menerima RM100 dalam bentuk akaun SSPN-i yang akan dibuka oleh PTPTN melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
SSPN sejak diwujudkan pada 2004 dan sehingga 31 Julai lepas telah merekodkan sebanyak 4.2 juta akaun dengan deposit berjumlah RM5 bilion, di seluruh negara.
Program Jelajah SSPN yang bertujuan untuk membuat hebahan kepada masyarakat berkaitan budaya penabungan bagi pendidikan tinggi, berlangsung selama dua bulan mulai bulan lepas membabitkan 12 lokasi di Semenanjung, 11 lokasi di Sabah dan 10 di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019
PTPTN pada tahun lepas merekodkan 678,829 pemegang akaun dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM1.13 bilion. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions
Bank-bank di Malaysia secara agregat dijangka kekal pada kedudukan yang stabil.
Rampas deposit jika gagal tanggal poster, bendera parti sebelum 3 Disember
Semua wakil bagi calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diingatkan supaya menanggalkan bendera, poster dan kain rentang parti masing-masing sebelum 3 Disember depan.
Jumlah deposit TH melonjak kepada RM88 bilion setakat Mei 2022
Jumlah deposit TH meningkat hampir 16 peratus kepada RM88 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Dis, 2020.
PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.9 bilion pada 31 Mei - Bank Negara
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$110.9 bilion pada 31 Mei 2021.
Guru didakwa terima deposit haram RM284,200 daripada 12 individu
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima deposit haram berjumlah RM284,200, tujuh tahun lepas.
KPT umum dividen SSPN 2020 sebanyak 4 peratus
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 sebanyak empat peratus.
Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit
DUN Bengkoka menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.
Moody's sahkan penarafan Maybank, miliki penampan kukuh terhadap risiko
Langkah penarafan itu turut mengambil kira jangkaan Moody's mengenai kualiti aset dan keuntungan bank.
Belanjawan 2020: Skim Pembiayaan Sewa Beli rumah akan diperkenalkan
Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki rumah